AirAsia Travel Fair bakal dianjurkan di Sibu dan Sandakan!
Nikmati tawaran terhebat: diskaun 20 peratus untuk semua penerbangan, dan promosi Beli 1 Percuma 1 hanya di pameran pelancongan ini
SEPANG, 10 August 2017 - AirAsia bakal menganjurkan pameran pelancongan tahunannya, AirAsia Travel Fair (AATF) di Sarawak dan Sabah pada tahun ini untuk menggalakkan sektor pelancongan di kedua-dua buah negeri itu. Pameran yang diadakan untuk tahun keempat ini akan berlangsung di Sibu, Sarawak pada 12-13 Ogos 2017 dan Sandakan, Sabah pada 19-20 Ogos 2017.
Para pengunjung boleh menikmati promosi istimewa di setiap lokasi seperti diskaun 20 peratus daripada harga tambang atas talian untuk semua penerbangan yang hanya boleh didapati di pameran tersebut dan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi penerbangan dari Kuching ke Langkawi dan Pontianak untuk 20 pengunjung terawal yang membuat tempahan di Wisma Sanyan, Sibu. Selain itu, nikmati tawaran hebat untuk penerbangan AirAsia X ke pelbagai destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Taipei, Sydney, Beijing, Sapporo dan banyak lagi bila anda membeli dua tempat duduk dengan promosi tambang termasuk semua dari RM388* sehala. Para pengunjung di Sandakan juga bakal menikmati tawaran yang sama.
Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menganjurkan pameran pelancongan tahunan kami di Sarawak dan Sabah sekali lagi pada tahun ini. Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengembangkan rangkaian kami di kedua-dua negeri ini. AirAsia Travel Fair dianjurkan untuk membolehkan kami mendekati para tetamu kami dan menawarkan diskaun eksklusif dan promosi istimewa. Kami teruja untuk melawat Sibu dan Sandakan pada tahun ini, dan berjumpa dengan para tetamu kami dan memberikan tawaran terbaik!”
“Sambutan yang kami terima di Kuching, Miri, Tawau dan Kota Kinabalu pada tahun lepas amat menggalakkan, dan kami jangka sambutan kali ini akan bertambah baik,” katanya lagi.
AATF 2017 juga menyediakan sehingga tujuh gerai di setiap lokasi dengan tawaran hebat dan hadiah menarik untuk dimenangi termasuklah penerbangan percuma, selain permainan dan aktiviti cabutan bertuah, pertandingan dan persembahan kebudayaan. Rakan perniagaan AirAsia seperti Santan, BIG Duty Free, Rokki, Tune Protect, dan AirAsiaGo juga akan mengambil bahagian di kedua-dua lokasi, dan menawarkan diskaun hebat untuk membeli-belah, hotel dan banyak lagi.
AirAsia kini terbang ke tiga destinasi dari Sibu; Kuching, Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan 72 penerbangan seminggu dan menghubungkan Sibu ke 12 negara seperti Australia, China, India dan banyak lagi melalui Fly-Thru, serta terbang ke dua destinasi dari Sandakan; Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dengan 36 penerbangan seminggu dan menghubungkan Sandakan ke 10 negara seperti China, Hong Kong, Australia dan lain-lain melalui Fly-Thru.
Untuk berita, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.