AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia dan AirAsia X gondol Anugerah CSR

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2017 - AirAsia dan AirAsia X merangkul Anugerah “Company of the Year: Kategori Syarikat Penerbangan” di Majlis Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia 2017di mana syarikat penerbangan tambang rendah jarak AirAsia X dinamakan sebagai juara projek komuniti manakala AirAsia dinobatkan sebagai juara yang memperjuangkan inisiatif kesedaran kanser dengan kempen #AirAsiaMAKNA.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Seri Rohani Abdul Karimmenyerahkan anugerah terbabit kepada Pengarah Perhubungan Kerajaan AirAsia Zamani Rafique di majlis anugerah yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Sepanjang tahun lepas, AirAsia X telah menyentuh kehidupan ramai dalam kalangan komuniti kurang bernasib baik, terutamanya, warga tua dan kanak-kanak dengan membawa suasana keceriaan pada musim perayaan, manakala AirAsia melancarkan kempen #AsiaAsiaMAKNA pada 2015 dan telah berjaya mengumpul dana dan menderma lebih daripada RM650,000 kepada Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (MAKNA) melalui beberapa siri usaha kutipan dana.

Disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Anugerah CSR Malaysia dijalankan pada tahun yang kedua untuk meraikan usaha CSR yang cemerlang oleh syarikat korporat Malaysia bagi mempromosi ekonomi mampan melalui bantuan kepada masyarakat terpinggir dan usaha memulihara persekitaran bagi mengekalkan warisan negara untuk generasi akan datang.

Diterbit pada setiap suku tahun, CSR Malaysia adalah sebuah penerbitan yang mengketengahkan komitmen syarikat korporat di Malaysia untuk masyarakat keseluruhannya dan peranan mereka sebagai agen perubahan dalam mentransformasi sosio-ekonomi Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut tentang berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, ikuti AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).