AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia tambah kekerapan penerbangan bagi Hari Raya Aidiladha

Nikmati diskaun 20% untuk Semua Tempat Duduk, Semua Penerbangan* AirAsia dan AirAsia X

SEPANG, 13 Julai 2017 - AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia buat kali kesembilan berturut-turut, menambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Alor Setar untuk memenuhi permintaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha akan datang.

Penerbangan ke Kota Bharu akan bertambah daripada 75 ke 89 penerbangan sehala seminggu, penerbangan ke Kuala Terengganu akan bertambah daripada 47 ke 54 penerbangan sehala seminggu, dan penerbangan ke Alor Setar akan bertambah daripada 33 ke 40 penerbangan sehala seminggu untuk tempoh perjalanan dari 26 Ogos 2017 hingga 3 September 2017. Manakala, penerbangan ke Johor Bahru akan bertambah daripada 38 ke 41 penerbangan sehala seminggu untuk tempoh perjalanan dari 29 Ogos hingga 12 September 2017.

Sempena musim perayaan akan datang, AirAsia menawarkan 20% diskaun untuk Semua Tempat Duduk, Semua Penerbangan bermula sekarang hingga 16 Julai 2017 untuk tempoh perjalanan dari 17 Julai 2017 hingga 23 November 2017. Tempahan boleh dibuat melalui airasia.com, aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih dan AirAsiaGo. Ahli-ahli AirAsia BIG juga boleh menebus penerbangan melalui kempen ini dengan mata ganjaran AirAsia BIG mereka.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkara, “Kami berbesar hati untuk menyediakan penerbangan tambahan bagi Hari Raya Aidiladha akan datang, supaya para tetamu boleh merancang perjalanan balik kampung mereka lebih awal dengan lebih banyak pilihan penerbangan, serta dapat menikmati rangkaian luas kami di Malaysia; termasuklah laluan baharu seperti Langkawi-Kuching, Langkawi-Johor Bahru, Johor-Bahru-Kuala Terengganu, Johor Bahru-Tawau, dan banyak lagi.”

Beliau menambah, “AirAsia juga akan terus berusaha untuk menambah hab-hab domestik untuk menyediakan kemudahan kepada para tetamu dan kami berharap laluan baharu yang diperkenalkan serta kekerapan penerbangan tambahan akan melancarkan perjalanan tetamu kami.”

Semasa musim cuti tersebut, para tetamu AirAsia dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang 3 jam sebelum waktu berlepas dan daftar-masuk sendiri melalui laman sesawang, laman atau aplikasi mudah alih, atau kiosk perkhidmatan untuk mengelakkan kesesakan. Kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu pelepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X, justeru tetamu disarankan untuk membuat pra-tempahan bagasi berdaftar secara atas talian untuk perjalanan yang lebih lancar.

Tetamu juga disyorkan untuk membuat pra-tempahan hidangan secara atas talian yang boleh didapati sehingga 24 jam sebelum waktu pelepasan yang dijadualkan. Menu dalam penerbangan AirAsia, Santan telah melancarkan hidangan baharu, Kombo Hidangan Chicken Lasagne dengan minuman percuma yang boleh ditempah secara atas talian dari serendah RM10 untuk penerbangan AirAsia (AK), dan dari RM18 untuk penerbangan AirAsia X (D7). Para tetamu juga digalakkan untuk merancang dan menempah penerbangan mereka hingga 365 hari lebih awal untuk menikmati tambang rendah bagi semua tempoh perjalanan.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Sah hanya untuk tambang asas. Tambang promosi tidak boleh didapati semasa musim puncak. Tertakluk kepada terma dan syarat.