AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia mengukuhkan hab Malaysia dengan pengenalan tiga laluan baharu

  • Memperkenalkan penerbangan 3 kali seminggu dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu, bermula pada 22 Jun 2017
  • Laluan baharu dari hab Langkawi, ke Kuching, Sarawak
  • Penerbangan pertama dari Langkawi ke Shenzhen akan berlepas pada 9 Ogos 2017

SEPANG, 28 April 2017 - AirAsia terus mengukuhkan laluan hubungan melalui hab kedua dengan pengenalan tiga laluan baharu dari Langkawi ke Shenzhen, Langkawi ke Kuching dan Johor Bahru ke Kuala Terengganu.

Laluan Baharu ini dijadualkan akan berlepas dari Langkawi dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu ke Shenzhen, dan kekerapan penerbangan 4 kali seminggu ke Kuching. Penerbangan dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu akan mula beroperasi dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu. 

AirAsia menawarkan harga promosi tambang termasuk semua bersempena dengan pengenalan laluan baharu ini, dengan tambang RM59 sehala dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu, RM79 sehala untuk penerbangan Langkawi ke Kuching dan RM99 sehala untuk penerbangan Langkawi - Shenzhen.

Harga promosi tambang termasuk semua boleh ditempah mulai sekarang sehingga 7 Mei 2017. Tempoh perjalanan bagi Johor Bahru - Kuala Terengganu akan bermula dari 22 Jun 2017 sehingga 5 Jun 2018 manakala Langkawi - Shenzhen dan Langkawi - Kuching akan bermula dari 9 Ogos 2017 sehingga 5 Jun 2018. Ahli AirAsia BIG yang membuat tempahan sepanjang tempoh promosi akan menerima dua kali ganda (2X) mata ganjaran AirAsia BIG pada tambang asas. Para tetamu boleh layari airasia.com atau menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone atau peranti Android untuk menempah tambang promosi ini.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, "Kami teruja untuk memperluaskan rangkaian kami dengan perkenalan tiga laluan baharu ini melalui dua hab utama di Malaysia. Ini juga sejajar dengan komitmen kami untuk menyediakan para tetamu dengan lebih banyak laluan sambungan dari Timur ke Barat Malaysia; selatan Malaysia, Johor ke Pantai Timur. Kami berazam untuk terus memastikan perjalanan udara lebih berpatutan, mudah dan tersedia bagi semua tetamu di rantau ini dan jauh lagi dengan menghubungkan mereka dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan lancar.

“Salah satu fokus utama kami adalah untuk memperkembangkan dan menjadikan Langkawi sebagai hab antarabangsa. Dengan ini, kami bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), untuk memaparkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama di China. Laluan sedia ada kami dari Langkawi ke Guangzhou menunjukkan prestasi yang baik dan kami yakin dengan laluan hubungan baharu ini akan meningkatkan ketibaan jumlah pelancong dengan lebih lagi,” tambah Spencer.

AirAsia juga meraikan penerbangan sulung dari Johor Bahru ke Langkawi dan majlis sambutan telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Para tetamu dalam penerbangan sulung tersebut menerima hadiah barangan bersempena majlis sambutan itu.

Pengenalan laluan Langkawi - Shenzhen menandakan laluan ketiga antarabangsa Langkawi selepas Singapura dan Guangzhou. AirAsia Berhad juga mengendalikan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, selain Singapura dan Guangzhou.

Kumpulan AirAsia beroperasi sejumlah 7 laluan domestik, dan 5 laluan antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai oleh AirAsia Berhad (kod penerbangan AK) dan AirAsia X Indonesia (kod penerbangan XT).

Dapatkan maklumat terkini berkenaan aktiviti, berita, dan promosi melalui Facebook (twitter.com/AirAsia) dan Twitter (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.