AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia jalin kerjasama dengan Ben Proud, perenang British Olimpik

SEPANG, 25 February 2017 - AirAsia berbesar hati mengumumkan jalinan kerjasama dengan Ben Proud, perenang British Olimpik.

Jalinan kerjasama di antara AirAsia dan Proud selama 4 tahun ini akan membantu beliau dalam usaha melayakkan diri ke Summer Olympics Tokyo di Jepun pada tahun 2020.

Sebahagian daripada perjanjian tersebut, beliau akan mengadakan acara tahunan Klinik kejurulatihan Talent Pool bagi bakal perenang-perenang yang berdaya saing di Asean, yang telah dilancarkan hari ini di Putrajaya.

Klinik kejurulatihan yang akan dijalankan di Malaysia disokong oleh Amatuer Swimming Union of Malaysia (ASUM), menyaksikan 30 kelab perenang berumur dari 12 hingga 15 tahun yang akan mengambil bahagian

dalam sesi insentif satu hari di Marina Putrajaya Indoor Pool. Latihan ini akan dijalankan oleh Proud dan jurulatih-jurulatih AquaElite, Antony James, bekas ahli sukan Olimpik dan Steven Beckerleg, finalis Sukan Komanwel akan turut hadir di klinik-klinik kejurulatihan di serata Asean.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes berkata, “Asean mempunyai banyak bakat terpendam, tetapi kita tidak mempertengahkan bakat-bakat terpadam ini. Saya berharap dengan adanya Talent pool ini yang akan dijalankan di serata Asean, dapat membantu mengisi jurang itu dan mungkin juga melahirkan perenang baru seperti Sun Yang, Kitajima atau Ben Proud.”

Ben Proud berkata, “Berikutan pengalaman pertama saya di sukan Olimpik tahun lepas di Rio, saya telah menetapkan matlamat dan fokus bagi mencapai kejayaan di Tokyo 2020 dan mempertahankan gelaran saya sebelum ini di Commonwealth Games 2018 yang akan berlangsung di Australia. Beberapa tahun akan datang ini akan penuh dengan cabaran dan menyeronokkan.

“Saya amat gembira untuk kembali ke Malaysia, di mana saya mula meminati sukan renang ini sewaktu membesar di Kuala Lumpur dan bagi membantu membentuk generasi perenang yang akan datang. Kerjasama ini bersama AirAsia memberikan manfaat dalam memberi inspirasi dan memupuk bakal juara perenang di seluruh rantau Asean selama 4 tahun akan datang ini.”

Proud meraih tempat ke-empat bagi acara 50m gaya bebas di perlawanan akhir pada Summer Olympics 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menetapkan rekod British baru pada pusingan kelayakan.

Beliau juga merupakan juara Komanwel dalam acara 50m kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas dan mewakili Great Britain di FINA World Aquatics Championships dan LEN European Aquatics Championships. AirAsia dan Ben Proud mengalu-alukan kedatangan anda di Talent Pool!