AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia lancar Kempen ‘Visit Asean@50’ dengan diskaun 50% ke semua destinasi Asean

SEPANG, 14 Februari 2017 - Bersiap sedia untuk pengembaraan unik ke seluruh rantau Asean kerana AirAsia menawarkan promosi istimewa diskaun 50% selama 50 jam ke semua destinasi Asean dalam rangkaian penerbangan AirAsia.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula dari 15 Februari 2017 (jam 1000 GMT+8) – 17 Februari 2017 (jam 1200 GMT+8) bagi perjalanan pada 5 September 2017 dan 23 November 2017 untuk destinasi di 10 negara Asean iaitu Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.*

Sebagai syarikat penerbangan rasmi ASEAN dan dengan pelancaran kempen Visit Asean@50 ini, AirAsia akan terus menyokong inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai lagi untuk menjelajahi rantau Asean sepanjang tahun ini.

Ketua Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee berkata, “Kami berharap promosi 50-jam ini akan menggalakkan ramai lagi untuk melancong ke negara-negara Asean. AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah yang terbang ke semua 10 negara Asia Tenggara dan kami yakin bahawa, kempen Visit Asean@50 ini akan menyumbang kepada sasaran 121 juta pelancong untuk rantau Asean sempena sambutan ulang tahun ke-50 ASEAN. ”

Cara terbaik untuk menikmati keindahan Asia Tenggara adalah melalui ‘Asean Pass’ AirAsia yang membolehkan pemegang pas ini untuk melancong ke semua negara Asean pada kadar yang tetap. Para pelancong juga digalakkan membuat pra-tempahan bagi set makanan Kombo SANTAN dengan hanya RM10, serta diberi pelbagai pilihan minuman dengan percuma sebelum memulakan percutian**.

Rantau Asean mempunyai pelbagai aktiviti untuk semua golongan seperti snorkeling dan selam air di Tawau, Sabah; pemandangan indah di lembah Bagan, Myanmar dengan menaiki belon udara panas semasa waktu matahari terbit; rasai pengalaman membajak sawah padi di Luang Prabang, Laos; aktiviti zipline sepanjang 2,000 meter di Bandung, Indonesia dan banyak lagi.

Dapatkan informasi AirAsia mengenai promosi terkini dan aktiviti melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

*Sah hanya untuk tambang asas. Tambang promosi tidak boleh didapati semasa waktu puncak. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Minuman kopi hanya terdapat pada penerbangan melebihi 90 minit sahaja.