AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia rai pejuang kanser melalui kempen #AirAsiaMAKNA

  • Jualan baju-t edisi terhad dengan rekaan juruterbang dan kru kabin yang berharga RM30 kini mula dijual, yang mana hasilnya disalurkan kepada MAKNA
  • Rebutlah hadiah berupa tiket penerbangan AirAsia pada setiap bulan melalui pertandingan Instagram #AirAsiaMAKNA
  • Kerjasama eksklusif dengan FashionValet, platform membeli-belah dalam talian terulung di Malaysia

SEPANG, 22 November 2017 - AirAsia meneruskan inisiatif jangka panjangnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser dan mengumpul dana untuk pesakit yang kurang bernasib baik melalui kempen #AirAsiaMAKNA dengan penjualan baju-t edisi terhad dengan rekaan juruterbang dan kru kabin.

Berkonsepkan ‘#AirAsiaMAKNA: Rebel with a cause,’ kempen tahun ini bertujuan untuk meraikan kekuatan dan keberanian para pejuang kanser. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kempen tersebut, AirAsia sekali lagi menjual koleksi baju-t eksklusif untuk dewasa dan kanak-kanak. Setiap baju-t berharga RM30 dan hasilnya akan disalurkan kepada MAKNA (Majlis Kanser Nasional).

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Kanser melibatkan semua orang – secara langsung atau tidak, sama ada ibu bapa, adik-beradik, rakan sekerja atau sahabat. AirAsia berbangga untuk terus bekerjasama dengan MAKNA bagi mengumpul dana dan memupuk kesedaran mengenai kanser. #AirAsiaMAKNA adalah bukti misi kami untuk melawan kanser dan merupakan komitmen jangka panjang AirAsia untuk menyokong organisasi yang membantu pesakit kanser yang kurang bernasib baik dan menjalankan penyelidikan untuk membantu mereka. Untuk melawan kanser, kita memerlukan usaha secara kolektif dan kami berharap untuk terus memainkan peranan dalam mendidik masyarakat mengenai kanser dengan lebih lanjut, dan menyokong para pejuang kanser, serta mereka yang memerlukan.

“Sejak dua tahun lepas, kami telah berjaya mengumpul hampir RM700,000 untuk disalurkan kepada MAKNA. Kami teruja untuk kembali menawarkan baju-t eksklusif tersebut, yang boleh didapati untuk dewasa dan kanak-kanak. Kami juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan platform membeli-belah dalam talian terulung di Malaysia, FashionValet supaya baju-t tersebut turut boleh didapati dalam talian,” katanya.

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata, “Statistik kematian akibat kanser di peringkat global amat membimbangkan tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah satu daripada empat rakyat Malaysia berisiko untuk menghidap kanser. Untuk melawan kanser, ia bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal dan emosi tetapi juga kewangan untuk meneruskan rawatan yang diperlukan. Justeru, kami berbesar hati kerana mendapat sokongan berterusan daripada AirAsia untuk memerangi kanser dengan kempen ini. Inisiatif ini bukan hanya tentang mengumpul dana, tetapi ia juga tentang mewujudkan kesedaran terhadap kanser. Kempen seperti inilah yang menggalakkan orang ramai untuk menjaga kesihatan mereka dan kami berterima kasih kepada AirAsia kerana menyertai kami dalam kempen ini untuk meningkatkan kesedaran di Malaysia dan rantau ini.”

Bersempena dengan kempen itu, AirAsia juga menganjurkan pertandingan melalui Instagram di mana pemenang bulanan akan dipilih sehingga bulan Februari 2018. Peserta berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan pada setiap bulan ke mana-mana destinasi AirAsia Berhad pilihan mereka dengan hanya memuat naik gambar mereka memakai baju-t tersebut dengan gaya terbaik beserta tanda pagar #AirAsiaMAKNA di Instagram.

Baju-t eksklusif tersebut boleh didapati di laman web MAKNA (https://makna.org.my/airasiamakna/) dan di beberapa acara terpilih. AirAsia juga telah bekerjasama dengan platform membeli-belah terulung di Malaysia, FashionValet, di mana baju-t tersebut boleh dibeli di laman web mereka (https://www.fashionvalet.com/brands/1051/airasiamakna) serta butik mereka di Pavilion dan Bangsar Village II.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan lokasi untuk membeli baju-t tersebut, sila layari airasia.com/airasiamakna.