AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia perkenal hidangan klasik Szechuan

Nikmati sajian Ayam Kung Pao ala Szechuan yang merupakan menu terbaru Santan

SEPANG, 12 Oktober 2017 - AirAsia hari ini memperkenalkan hidangan baharu, Ayam Kung Pao yang merupakan menu terkini Santan.

Hidangan baharu ini menyajikan daging ayam yang lembut dengan sos Kung Pao yang lazat; campuran kicap, bawang putih, halia dan cili kering yang dihidangkan bersama beras putih wangi serta hirisan bawang putih dan kacang panggang.

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia berkata, “Sajian merupakan aspek penting dalam perkhidmatan penerbangan kami dan ia merupakan salah satu sebab mengapa para tetamu menikmati penerbangan bersama kami. Kami mendengar dengan teliti setiap maklum balas mereka, terutamanya ketika menghasilkan menu baharu. Di dalam satu kaji selidik yang dijalankan beberapa bulan yang lalu, Ayam Kung Pao telah dinobatkan sebagai menu terbaik. Justeru, dengan sukacitanya kami menuruti permintaan para tetamu dengan memperkenalkan hidangan yang bukan sahaja lazat, malah merupakan salah satu sajian terbaik di China.”

Pra-tempah kombo Ayam Kung Pao dan minuman percuma sekarang dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) ke semua destinasi* AirAsia.

Para tetamu juga disarankan untuk membuat pra-tempahan hidangan Santan melalui pautan ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.comuntuk menikmati pelbagai pilihan hidangan, lebih penjimatan dan keutamaan hidangan dalam pesawat.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*kecuali penerbangan AirAsia India (kod penebangan I5).