AirAsia Newsroom

View Original

Akan Datang: AirAsia Airvolution Hackathon!

SEPANG, 16 Januari 2017 - AirAsia dengan bangganya mengumumkan penganjuran hackathon terbuka AirAsia buat pertama kalinya iaitu AIRVOLUTION 2017: Memacu Inovasi dalam ASEAN.

Sebanyak dua puluh pasukan bakal bertarung untuk mencipta aplikasi dan solusi baru bagi menyelesaikan cabaran yang berkaitan dengan pengangkutan udara yang akan diberikan oleh AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, "Inovasi merupakan nadi AirAsia. Kehidupan kita sentiasa dipenuhi dengan pelbagai idea-idea, dan acara hackathon ini merupakan satu peluang yang terbaik untuk golongan yang cerdik pandai untuk meneroka pelbagai idea baru”.

"Tahun ini AirAsia akan ditransformasi menjadi sebuah syarikat penerbangan digital, dan kami percaya acara sebegini akan memacu pemikiran kreatif yang akan memastikan AirAsia sentiasa kekal di hadapan."

AIRVOLUTION 2017 akan berlangsung di ibu pejabat AirAsia, RedQ yang baru dibuka bertempat di Sepang, pada 18-19 Mac 2017

Acara ini mempunyai beberapa penaja antaranya Microsoft, AirAsia Santan dan AirAsia BIG Loyalty Programme dan ianya terbuka kepada mana mana peserta yang kini menetap di mana-mana 26 destinasi dalam rangkaian AirAsia.

Rangkaian tersebut terdiri daripada negara Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Maldives, Iran, Oman , Mauritius, Australia dan New Zealand.

Pendaftaran untuk acara tersebut akan dibuka dari sekarang hingga 19 Februari 2017.

Pasukan yang berjaya akan dimaklumkan sebelum 3 March 2017. Penerbangan pergi dan balik bagi pasukan yang terlibat akan ditanggung oleh AirAsia.

Idea yang dikemukakan semasa hackathon tersebut akan dikaji oleh panel juri yang terdiri daripada pakar teknologi dan penerbangan. Hanya satu idea terbaik berdasarkan keaslian, skala dan pelaksanaan akan dinobatkan sebagai pemenang.

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai, mata ganjaran AirAsia BIG dan penerbangan pergi balik percuma ke mana mana destinasi AirAsia pilihan mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari airasia.com/airvolution.