AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia X menawarkan tambang rendah bagi penerbangan terus Kuala Lumpur – Wuhan

Tambang termasuk semua dari serendah RM199* tersedia untuk tempahan bermula dari sekarang hingga 22 Januari 2017

SEPANG, 16 Januari 2017 - AirAsia X, pemenang anugerah Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah dan Tempat Duduk Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk empat tahun berturut-turut oleh Skytrax mengumumkan tambang termasuk semua istimewa dari serendah RM199* sehala dengan empat kali penerbangan setiap minggu dari Kuala Lumpur ke Wuhan, China.

Destinasi ini akan menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan kapasiti sebanyak 377 tempat duduk termasuk 12 tempat duduk Premium Flatbed.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata, “kami amat teruja untuk menawarkan promosi istimewa ini kepada semua tetamu kami dengan penerbangan terus  menghubungkan Kuala Lumpur dan Wuhan yang dioperasikan secara eksklusif oleh AirAsia X Berhad. Bersama dengan AirAsia Berhad, syarikat penerbangan jarak dekat bersama Kumpulan AirAsia, kami merupakan syarikat penerbangan asing terbesar di China, dan Wuhan tidak lama lagi akan menjadi hab maya bagi Kumpulan AirAsia dan AirAsia X kerana ia bakal menerima sejumlah 32 penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket.”

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan China, badan-badan pelancongan dan pihak berkuasa lapangan terbang yang telah memberikan sokongan yang besar dalam memudahkan pertumbuhan berterusan kami dalam pasaran utama ini. Melangkah ke hadapan, China akan menjadi sebahagian besar daripada strategi AirAsia X dan kami pasti akan berusaha untuk meluaskan rangkaian penerbangan kami ke lebih banyak bandar raya di China serta membangunkan produk dan perkhidmatan yang inovatif untuk memenuhi keperluan tetamu kami.” tambah Benyamin

Tambang termasuk semua dari serendah RM199* sehala, bagi  tempat duduk ekonomi dan dari  serendah RM699* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed.Tambang promosi ini boleh didapati untuk tempahan secara online di airasia.com bermula dari sekarang hingga 22 Januari untuk tempoh perjalanan dari 22 Mac sehingga 28 Oktober 2017. Aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan Android juga menawarkan cara mudah untuk menempah penerbangan promosi ini.

Kumpulan AirAsia kini beroperasi sebanyak 409 penerbangan setiap minggu dengan 45 laluan ke 17 destinasi berbeza di China dari pelbagai bandar raya di Asean. Dalam tahun 2015 sahaja, kumpulan syarikat penerbangan ini telah menerima lebih 5 juta penumpang keluar masuk ke negara China, membuat kumpulan ini syarikat penerbangan asing terbesar di China. 

AirAsia Berhad, syarikat penerbangan jarak dekat bersama Kumpulan AirAsia (kod penerbangan AK) kini mengendalikan perkhidmatan penerbangan harian ke Wuhan dari Kota Kinabalu, manakala Thai AirAsia mengendalikan penerbangan dua kali setiap hari dari Bangkok dan penerbangan harian dari Phuket ke Wuhan, jumlah penerbangan mingguan ke Wuhan kini berjumlah 28 penerbangan.

Wuhan adalah ibu kota wilayah Hubei yang terletak di sentral China dan merupakan bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di kawasan itu, serta menjadi pintu masuk kepada tempat-tempat bersejarah yang perlu dilawati. The Ancient Chibi Battlefield yang juga dikenali sebagai Red Cliffs, menggambarkan perang epik yang berlaku semasa dinasti Tiga Kerajaan; Enshi Grand Canyon, sebuah laman semulajadi dengan pemandangan yang indah; dan Gunung Yandi Shennong, salah satu zon hutan terpelihara terbaik di China.

Di Wuhan, pelancong boleh menikmati Menara Yellow Crane, sebuah menara kuno yang telah musnah dan dibina semula beberapa kali tetapi masih mengekalkan daya tarikan dunia lama; dan Tasik Wuchang, yang merupakan tasik yang terbesar dalam sebuah bandar di China, atau menikmati hidangan masakan Hubei untuk pengalaman sepenuhnya di Wuhan.

Ikuti promosi dan akitiviti terkini AirAsia X melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).